Sebaik-baik orang dalam kalangan kamu adalah mereka yang memendekkan solatnya dan berbuka puasa ketika bermusafir

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

خياركم من قصر الصلاة في السفر وأفطر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik dalam kalangan kamu adalah mereka yang memendekkan solatnya ketika dalam keadaan musafir dan berbuka puasa (tidak berpuasa) ketika bermusafir.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1139, hadis nombor 5751. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الرحمن بن حرملة، أنه سمع رجلا يسأل سعيد بن المسيب: أتم الصلاة وأصوم في السفر؟ قال: لا، قال: فإني أقوى على ذلك؟ قال: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم أقوى منك كان يقصر الصلاة في السفر ويفطر. وقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : خياركم من قصر الصلاة في السفر وأفطر. [ش، الطبري في التهذيب، ((الضعيفة (3560)]

(Lemah) Daripada Abdul Rahman bin Harmalah, bahawa sesungguhnya dia mendengar seorang lelaki bertanya kepada Sa’id bin Musayyab: Adakah kamu melakukan solat (tanpa jamak dan qasar) dan berpuasa ketika musafir? Lalu Sa’id menjawab: Tidak. Dia bertanya lagi: Aku kuat untuk melakukan seperti itu? Lalu Sa’id berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW lebih kuat daripada engkau namun baginda telah memendekkan solatnya ketika dalam musafir dan berbuka puasa (tidak berpuasa), dan Rasulullah bersabda: Sebaik-baik orang dalam kalangan kamu adalah mereka yang memendekkan solatnya ketika dalam keadaan musafir dan berbuka puasa (tidak berpuasa) ketika bermusafir. [Riwayat Abu Syaibah dalam Musannaf Abi Syaibah dan al-Tabari dalam al-Tahzib. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 3560].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.