Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خِيَارُكُمْ مَنْ قَصَرَ الصلاةَ في السَّفَرِ وأَفْطَرَ.
Teks Bahasa Melayu
Sebaik-baik dalam kalangan kamu adalah mereka yang memendekkan solatnya ketika dalam keadaan musafir dan berbuka puasa (tidak berpuasa) ketika bermusafir.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1139, hadis no. 5751. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الرحمن بن حرملة، أنه سمع رجلا يسأل سعيد بن المسيب: أتم الصلاة وأصوم في السفر؟ قال: لا، قال: فإني أقوى على ذلك؟ قال: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم أقوى منك كان يقصر الصلاة في السفر ويفطر. وقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : خياركم من قصر الصلاة في السفر وأفطر. [ش، الطبري في التهذيب، الضعيفة (3560)]
(Lemah) Daripada Abdul Rahman bin Harmalah, bahawa sesungguhnya dia mendengar seorang lelaki bertanya kepada Sa’id bin Musayyab: Adakah kamu melakukan solat (tanpa jamak dan qasar) dan berpuasa ketika musafir? Lalu Sa'id menjawab: Tidak. Dia bertanya lagi: Aku kuat untuk melakukan seperti itu? Lalu Sa'id berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW lebih kuat daripada engkau namun baginda telah memendekkan solatnya ketika dalam musafir dan berbuka puasa (tidak berpuasa), dan Rasulullah bersabda: Sebaik-baik orang dalam kalangan kamu adalah mereka yang memendekkan solatnya ketika dalam keadaan musafir dan berbuka puasa (tidak berpuasa) ketika bermusafir. [Riwayat Abu Syaibah dalam Musannaf Abi Syaibah dan al-Tabari dalam al-Tahzib. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 3560].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman