Sebaik-baik nama adalah yang menghambakan diri dan memujiNya

TEKS BAHASA ARAB

خير الأسماء ما عبد وحمد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik nama adalah yang menghambakan diri dan memuji-Nya.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 37, hadis nombor 136. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

لا يعرف بهذا اللفظ نعم في الحديث: “أحب الأسماء إلى الله عبد الله وعبد الرحمن”، وفيه أيضا: “إذا سميتم فعبدوا”.

Tidak diketahui dengan lafaz ini. Benar, ada dalam hadith: “Nama-nama yang paling disukai oleh Allah adalah ‘Abdullah dan ‘Abd al-Rahman”. Juga dalam hadith: “Apabila kamu meletakkan nama, maka letaklah nama yang mengandungi penghambaan diri”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs