Tidak Ditemui

30/06/2024

minit bacaan



Sebaik-baik nama adalah yang mengandungi kalimat hamba dan pujian

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: خير الْأَسْمَاء مَا عبد وَحمد.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Sebaik-baik nama adalah yang mengandungi kalimat hamba dan pujian.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Tidak Ditemui

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 77, hadis no. 189. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال السيوطي: لم أقف عليه.

Al-Suyuthi berkata: Aku tidak menjumpainya.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.