Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Sebaik-baik mukmin adalah orang yang berasa cukup, dan seburuk-buruk kamu adalah orang yang tamak

Teks Bahasa Arab

خيارُ المؤمنِينَ القانعُ، وشرارُكُم الطامعُ.

Teks Bahasa Melayu

Sebaik-baik mukmin adalah orang yang berasa cukup, dan seburuk-buruk kamu adalah orang yang tamak.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 63, hadis no. 279. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((خيار المؤمنين القانع، وشراركم الطامع)). [القضاعي، ((الضعيفة)) (3557)].

(Terlalu Daif) Daripada Abū Hurayrah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Sebaik-baik mukmin adalah orang yang berasa cukup, dan seburuk-buruk kamu adalah orang yang tamak.)) [Riwayat al-Quḍā‘ī dalam Musnad al-Shihāb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3557].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.