Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sebaik-baik manusia ialah orang yang kaya lagi zuhud

Teks Bahasa Arab

أفضلُ الناسِ مُوسِرٌ مُزْهِدٌ.

Teks Bahasa Melayu

Sebaik-baik manusia ialah orang yang kaya lagi zuhud.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 464, hadis no. 2491.

(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: «أفضل الناس موسر مزهد». [فر، «الضعيفة» (2520)].

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Sebaik-baik manusia ialah orang yang kaya lagi zuhud". [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 2520].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.