Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sebaik-baik manusia ialah orang beriman yang fakir miskin, yang memberikan usahanya

Teks Bahasa Arab

خيرُ الناسِ؛ مُؤمِنٌ فقيرٌ يُعطِي جَهْدَهُ.

Teks Bahasa Melayu

Sebaik-baik manusia ialah orang beriman yang fakir miskin, yang memberikan usahanya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2016, hadis no. 10123. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر - رضي الله عنهما - مرفوعاً: خير الناس؛ مؤمن فقير يعطي جهده. [فر، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (3568)]

(Palsu) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sebaik-baik manusia ialah orang beriman yang fakir miskin, yang memberikan usahanya. [Riwayat al-Dailamī dalam Musnad al-Firdaws dan Abū Nu‘aym dalam Akhbār Asbahān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3568]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.