Sebaik-baik manusia ialah dua lelaki

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أفضل الناس رجلان: رجل غزا في سبيل الله حتى يهبط موضعا يسوء العدو، ورجل بناحية البادية يقيم الصلوات الخمس، ويؤدي حق ماله، ويعبد ربه حتى يأتيه اليقين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik manusia ialah dua lelaki: Seorang lelaki yang berperang di jalan Allah sehingga dia turun ke satu tempat yang menyakiti musuh. Dan seorang lelaki yang tinggal di ceruk lembah pedalaman, mendirikan solat lima waktu, menunaikan hak hartanya, dan menyembah Tuhannya sehingga datangnya yakin (kematian).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2006, hadis nombor 10067. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن القلوص أن شهاب بن مدلج نزل البادية فساب ابنه رجلا؛ فقال: يا ابن الذي تعرب بعد الهجرة، فأتى شهاب المدينة، فلقي أبا هريرة فسمعه يقول: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أفضل الناس رجلان: رجل غزا في سبيل الله حتى يهبط موضعا يسوء العدو، ورجل بناحية البادية يقيم الصلوات الخمس، ويؤدي حق ماله، ويعبد ربه حتى يأتيه اليقين، فجثا على ركبتيه قال: أنت سمعته من رسول الله صلى الله عليه وسلم يا أبا هريرة، يقول له (!) قال: نعم، فأتى باديته، فأقام بها.
[حم، ((الضعيفة)) (2846)]

(Lemah)
Daripada al-Qalus bahawasanya Shihab bin Mudlij singgah ke satu lembah pedalaman lalu anak lelakinya saling mencela dengan seorang lelaki. Lalu dia berkata: Wahai anak orang yang menjadi Arab selepas Hijrah! Lalu Shihab datang ke Madinah dan berjumpa dengan Abu Hurairah, dia mendengarnya berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik manusia ialah dua lelaki: Seorang lelaki yang berperang di jalan Allah sehingga dia turun ke satu tempat yang menyakiti musuh. Dan seorang lelaki yang tinggal di ceruk lembah pedalaman, mendirikan solat lima waktu, menunaikan hak hartanya, dan menyembah Tuhannya sehingga datangnya yakin (kematian). Lantas dia terduduk atas lututnya dan berkata: Kamu mendengarnya daripada Rasulullah SAW, wahai Abu Hurairah? Dia berkata kepadanya (!) Dia menjawab: Ya. Lalu dia pun pergi ke lembah pedalamannya dan menetap di sana.
[Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2846]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.