Sebaik-baik manusia adalah dari kabilah Asad dan Asy'ari

TEKS BAHASA ARAB

((نعم الحي الأسد والأشعريون، لا يفرون في القتال، ولا يغلون، هم مني وأنا منهم)). قال: فحدثت بذلك معاوية، فقال: ليس هكذا قال رسول الله ﷺ، قال: ((هم مني وإلي))، فقلت: ليس هكذا حدثني أبي، ولكنه حدثني قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: ((هم مني وأنا منهم)). قال: فأنت أعلم بحديث أبيك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik manusia adalah dari kabilah Asad dan Asy’ari. Mereka tidak melarikan diri dari peperangan dan tidak mencuri (ghanimah). Mereka adalah sebahagian dariku dan aku adalah sebahagian dari mereka. ‘Amir berkata lagi: “Aku ceritakan hal tersebut kepada Mu’awiyah.” Lalu Mu’awiyah pun berkata: “Rasulullah tidak ungkapkan begitu. Bahkan, baginda bersabda: “Mereka daripadaku dan kepadaku.” Kemudian, aku membalas: “Ayah aku tidak menceritakan begitu. Tetapi dia menceritakan kepadaku dengan mengatakan: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Mereka sebahagian dariku dan aku juga sebahagian dari mereka.” Muawiyah pun membalas: “Baik. Engkau lebih tahu hadis ayahmu.”

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1878, hadis nombor 9466. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عامر بن أبي عامر الأشعري عن أبيه – رضي الله عنه – مرفوعا: ((نعمَ الحيُّ الأسدُ والأشعريُّونَ، لا يفرُّونَ في القتالِ، ولا يغُلُّونَ، هم منِّي وأنا منْهُم)). قالَ: فحدَّثتُ بذلِكَ معاويةَ، فقالَ: ليسَ هَكذا قالَ رسولُ اللهِ ﷺ، قالَ: ((هم منِّي وإليَّ))، فقلتُ: ليسَ هَكذا حدَّثني أبي، ولَكنَّهُ حدَّثني قالَ: سمعتُ رسولَ اللهِ ﷺ يقولُ: ((هم منِّي وأنا منْهم)). قالَ: فأنتَ أعلَمُ بحديثِ أبيكَ. [ ت، ابن الأعرابي، الدولابي، ك، حم، ابن منده، ابن أبي خيثمة في ((التاريخ))، ((الضعيفة)) (4692)]

(Lemah) Daripada ‘Amir bin Abi ‘Amir Al-Asy’ari daripada ayahnya RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sebaik-baik manusia adalah dari kabilah Asad dan Asy’ari. Mereka tidak melarikan diri dari peperangan dan tidak mencuri (ghanimah). Mereka adalah sebahagian dariku dan aku adalah sebahagian dari mereka. ‘Amir berkata lagi: “Aku ceritakan hal tersebut kepada Mu’awiyah.” Lalu Mu’awiyah pun berkata: “Rasulullah tidak ungkapkan begitu. Bahkan, baginda bersabda: “Mereka daripadaku dan kepadaku.” Kemudian, aku membalas: “Ayah aku tidak menceritakan begitu. Tetapi dia menceritakan kepadaku dengan mengatakan: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Mereka sebahagian dariku dan aku juga sebahagian dari mereka.” Muawiyah pun membalas: “Baik. Engkau lebih tahu hadis ayahmu.” [Riwayat al-Tirmizi, Ibn al-A’rabi, al-Dulabi, al-Hakim, Ahmad dalam al-Musnad, Ibn Mandah dan Ibn Khaithamah dalam al-Tarikh. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4692]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.