Sebaik-baik manusia adalah Arab

TEKS BAHASA ARAB

حديث: خير الناس العرب، وخير العرب قريش، وخير قريش بنو هاشم، وخير العجم فارس، وخير السودان النوبة _ إلخ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sebaik-baik manusia adalah Arab, sebaik-baik Arab adalah Quraisy, sebaik-baik Quraisy adalah Bani Hashim, sebaik-baik orang Ajam (bukan Arab) adalah orang Parsi, sebaik-baik orang berkulit hitam adalah kaum al-Nubah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 414, hadis nombor 168. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

هو موضوع، وفي إسناده: مجهولون.

Ia palsu. Pada sanadnya terdapat orang-orang yang majhul (tidak dikenali).

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs