Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sebaik-baik manusia adalah Arab

Teks Bahasa Arab

حديث: خَيْرُ النَّاسِ الْعَرَبُ، وَخَيْرُ الْعَرَبِ قُرَيْشٌ، وَخَيْرُ قُرَيْشٍ بَنُو هَاشِمٍ، وَخَيْرُ الْعَجَمِ فَارِسُ، وَخَيْرُ السُّودَانِ النُّوبَةُ _ إلخ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sebaik-baik manusia adalah Arab, sebaik-baik Arab adalah Quraisy, sebaik-baik Quraisy adalah Bani Hashim, sebaik-baik orang Ajam (bukan Arab) adalah orang Parsi, sebaik-baik orang berkulit hitam adalah kaum al-Nubah.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 414, hadis no. 168. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

هو موضوع، وفي إسناده: مجهولون.

Ia palsu. Pada sanadnya terdapat orang-orang yang majhul (tidak dikenali).

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.