Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَفْضَلُ طَعَامِ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ اللَّحْمُ.
Teks Bahasa Melayu
Sebaik-baik makanan di dunia dan akhirat adalah daging.
Sahabat Perawi
- Rabi’ah bin Ka’ab RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 398, hadis no. 2128. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat lemah) Daripada Rabi’ah bin Ka’ab RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Sebaik-baik makanan di dunia dan akhirat adalah daging". [Riwayat al-‘Uqayli dalam al-Du’afa’ dan Abu Nu’aym dalam Hilyah al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2518].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman