Sebaik-baik lauk ialah cuka

TEKS BAHASA ARAB

نعم الإدام الخل، هلاكا بالقوم أن يحتقروا ما قدم إليهم، وهلاك بالرجل أن يحتقر ما في بيته أن يقدمه إلى أصحابه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik lauk ialah cuka. Binasalah sesuatu kaum itu apabila mereka memperlekehkan sesuatu yang dihidangkan kepada mereka. Binasalah juga seorang lelaki itu apabila dia memperlekehkan sesuatu yang ada di rumahnya untuk dihidangkan kepada teman-temannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 417, hadis nombor 2248. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أيمان، قال: نزل بجابر بن عبد الله ضيف له، فجاءهم بخبز و خلّ، فقال: كلوا؛ فإني سمعت رسول الله ﷺ يقول: «نِعمَ الإدامُ الخلُّ، هلاكًا بالقومِ أن يحتَقِروا ما قُدِّمَ إليهِم، وَهَلاكٌ بالرَّجلِ أن يحتَقرَ ما في بيتِهِ أن يقدِّمَهُ إلى أصحابِهِ». [طس، «الضعيفة» (5389)].

(Lemah) Daripada Aiman, beliau berkata: Jabir bin Abdullah telah dihadiri oleh tetamu, lalu beliau menghidangkan roti dan cuka kepada mereka. Beliau lantas berkata: "Makanlah, kerana aku telah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: Sebaik-baik lauk ialah cuka. Binasalah sesuatu kaum itu apabila mereka memperlekehkan sesuatu yang dihidangkan kepada mereka. Binasalah juga seorang lelaki itu apabila dia memperlekehkan sesuatu yang ada di rumahnya untuk dihidangkan kepada teman-temannya". [Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 5389].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs