Sebaik-baik kuda ialah di bawah kamu berdua dan sebaik-baik pahlawan berkuda ialah mereka berdua

TEKS BAHASA ARAB

نعم الفرس تحتكما ونعم الفارس هما. يعني: الحسن والحسين رضي الله عنهما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik kuda ialah di bawah kamu berdua dan sebaik-baik pahlawan berkuda ialah mereka berdua. Iaitu al-Hasan dan al-Husain RA.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1122, hadis nombor 5666. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عمر وسليمان رضي الله عنهما مرفوعًا وعن أبي جعفر البافر مرسلًا: نعم الفرس تحتكما، ونعم الفارس هما. يعني: الحسن والحسين رضي الله عنهما. [البزار، أبو يعلى في المسند الكبير، عد، الضعيفة (6594)].

(Sangat lemah) Daripada ‘Umar dan Sulaiman RA, secara marfu‘ daripada Nabi SAW, serta daripada Abu Ja‘far al-Baqir secara mursal, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: Sebaik-baik kuda ialah di bawah kamu berdua dan sebaik-baik pahlawan berkuda ialah mereka berdua. Iaitu al-Hasan dan al-Husain RA. [Riwayat al-Bazzar dalam Musnadnya, Riwayat Abu Ya‘la dalam al-Musnad al-Kabir, Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6594]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs