Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نِعْمَ الفَرَسُ تَحْتَكُمَا ونِعْمَ الفَارِسُ هُمَا. يَعْنِي الْحَسَنَ وَالْحُسَيْنَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا.
Teks Bahasa Melayu
Sebaik-baik kuda Sebaik-baik kuda ialah di bawah kamu berdua dan sebaik-baik pahlawan berkuda ialah mereka berdua. Iaitu al-Hasan dan al-Husain RA.
Sahabat Perawi
- Sulaiman RA
- ‘Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1122, hadis no. 5666. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عمر وسليمان رضي الله عنهما مرفوعًا وعن أبي جعفر البافر مرسلًا: نعم الفرس تحتكما، ونعم الفارس هما. يعني: الحسن والحسين رضي الله عنهما. [البزار، أبو يعلى في المسند الكبير، عد، الضعيفة (6594)].
(Sangat lemah) Daripada ‘Umar dan Sulaiman RA, secara marfu‘ daripada Nabi SAW, serta daripada Abu Ja‘far al-Baqir secara mursal, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: Sebaik-baik kuda Sebaik-baik kuda ialah di bawah kamu berdua dan sebaik-baik pahlawan berkuda ialah mereka berdua. Iaitu al-Hasan dan al-Husain RA. [Riwayat al-Bazzar dalam Musnadnya, Riwayat Abu Ya‘la dalam al-Musnad al-Kabir, Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6594]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman