Sebaik-baik kuda adalah di bawah kamu berdua dan sebaik-baik pahlawan berkuda ialah mereka berdua

TEKS BAHASA ARAB

نعم الفرس تحتكما، ونعم الفارس هما. يعني: الحسن والحسين رضي الله عنهما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik kuda adalah di bawah kamu berdua dan sebaik-baik pahlawan berkuda ialah mereka berdua, iaitu al-Hasan dan al-Husain RA.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1964 hadis nombor 9823. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن عمر وسلمان – رضي الله عنهما – مرفوعًا وعن أبي جعفر الباقر مرسلًا: نعم الفرس تحتكما، ونعم الفارس هما. يعني: الحسن والحسين رضي الله عنهما.
[البزار، أبو يعلى في ((المسند الكبير((، عد، طب، ش، الضعيفة (6594)]

(Sangat lemah)
Daripada ‘Umar dan Salman RA secara marfu, dan daripada Abu Ja‘far al-Baqir secara mursal: Sebaik-baik kuda adalah di bawah kamu berdua dan sebaik-baik pahlawan berkuda ialah mereka berdua, iaitu al-Hasan dan al-Husain RA.
[Riwayat al-Bazzar dalam Musnadnya, Abu Ya‘la dalam al-Musnad al-Kabir, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’, al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir dan Ibn Abu Shaibah dalam Musannafnya. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6594]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs