Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نِعْمَ الفَرَسُ تَحْتَكُمَا، ونِعْمَ الفارسُ هُما. يعني: الحسنَ والحسينَ رضي اللهُ عنهما.
Teks Bahasa Melayu
Sebaik-baik kuda adalah di bawah kamu berdua dan sebaik-baik pahlawan berkuda ialah mereka berdua, iaitu al-Hasan dan al-Husain RA.
Sahabat Perawi
- ‘Umar dan Salman RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1964, hadis no. 9823. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عمر وسلمان - رضي الله عنهما - مرفوعًا وعن أبي جعفر الباقر مرسلًا: نعم الفرس تحتكما، ونعم الفارس هما. يعني: الحسن والحسين رضي الله عنهما. [البزار، أبو يعلى في ((المسند الكبير((، عد، طب، ش، الضعيفة (6594)]
(Sangat Lemah) Daripada ‘Umar dan Salman RA secara marfu, dan daripada Abu Ja‘far al-Baqir secara mursal: Sebaik-baik kuda adalah di bawah kamu berdua dan sebaik-baik pahlawan berkuda ialah mereka berdua, iaitu al-Hasan dan al-Husain RA. [Riwayat al-Bazzar dalam Musnadnya, Abu Ya‘la dalam al-Musnad al-Kabir, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’, al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir dan Ibn Abu Shaibah dalam Musannafnya. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6594]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman