Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sebaik-baik kematian seorang hamba

Teks Bahasa Arab

‌‌خَيْرُ ما يَمُوتُ عليهِ العبدُ أنْ يَكُونَ قَافِلًا من حَجّ، أو مُفْطِرًا من رمضانَ.

Teks Bahasa Melayu

Sebaik-baik kematian seorang hamba ialah mati ketika pulang daripada mengerjakan haji atau selesai berpuasa daripada bulan Ramadan.

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1139, hadis no. 5753. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(‌‌ضعيف) عن جابر رضي الله عنه مرفوعا: خير ما يموت عليه العبد أن يكون قافلا من حج أو مفطرا من رمضان. [فر، الضعيفة (3583)]

(Lemah) Daripada Jabir RA, secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Sebaik-baik kematian ialah mati ketika pulang daripada mengerjakan haji atau selesai berpuasa daripada bulan Ramadan. [Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no.3583].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.