Sebaik-baik keindahan adalah mempunyai rambut yang cantik

TEKS BAHASA ARAB

نعم الجمال الشعر الحسن، يكسوه الله الرجل المسلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik keindahan adalah mempunyai rambut yang cantik, (ianya adalah) litupan (kepala) yang Allah jadikan bagi orang Muslim.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1639, hadis nombor 8293. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن زيد بن أسلم أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال: ((نعم الجمال الشعر الحسن، يكسوه الله الرجل المسلم)). [ابن عبد البر، ((الضعيفة)) (6358)]

(Lemah)
Daripada Zaid Bin Aslam bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Sebaik-baik keindahan adalah mempunyai rambut yang cantik, (ianya adalah) litupan (kepala) yang Allah jadikan bagi orang Muslim.))
[Riwayat Ibn Abd al-Bar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6358].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs