Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نِعم الجَمَالُ الشَّعَرُ الحسنُ، يكسوه الُله الرجلَ المسلمَ.
Teks Bahasa Melayu
Sebaik-baik keindahan adalah mempunyai rambut yang cantik, (ianya adalah) litupan (kepala) yang Allah jadikan bagi orang Muslim.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1639, hadis no. 8293. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن زيد بن أسلم أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قال: ((نعم الجمال الشعر الحسن، يكسوه الله الرجل المسلم)). [ابن عبد البر، ((الضعيفة)) (6358)]
(Lemah) Daripada Zaid Bin Aslam bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Sebaik-baik keindahan adalah mempunyai rambut yang cantik, (ianya adalah) litupan (kepala) yang Allah jadikan bagi orang Muslim.)) [Riwayat Ibn Abd al-Bar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6358].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman