Sebaik-baik kecantikan dan keadilan adalah Hasan dan Husain

TEKS BAHASA ARAB

دخلت على النبي – صلى الله عليه وسلم-، وهو يمشي على أربع، وعلى ظهره الحسن والحسين، وهو يقول: نعم الجمل جملكما، ونعم العدلان أنتما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku mengikuti Rasulullah SAW, dan baginda menunggang suatu tunggangan, di belakangnya Hasan dan Husain. Kemudian baginda bersabda: “Sebaik-baik kecantikan adalah kecantikan kamu berdua, dan sebaik-baik keadilan adalah kamu berdua”.

STATUS

Sangat Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 933, hadis nombor 4800. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا بهذل السياق)
عن جابر – رضي الله عنه -، قال: ((دخلت على النبي – صلى الله عليه وسلم-، وهو يمشي على أربع، وعلى ظهره الحسن والحسين، وهو يقول: نعم الجمل جملكما، ونعم العدلان أنتما)).
[عق، الرامهرمزي، عد، طب، ابن حبان في ((الضعفاء))، ابن الجوزي في ((العلل))، الدولابي، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2661)].

(Sangat Munkar Pada Lafaz Ini)
Diriwayatkan daripada Jabir RA berkata: Aku mengikuti Rasulullah SAW, dan baginda menunggang suatu tunggangan, di belakangnya Hasan dan Husain. Kemudian baginda bersabda: “Sebaik-baik kecantikan adalah kecantikan kamu berdua, dan sebaik-baik keadilan adalah kamu berdua”.
[ٌRiwayat al-‘Uqaili dalam al-Dhuafa’ al Kabir, al Ramahurmuzi, Ibnu ‘Adi dalam al-Kamil fil Dhuafa’, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ibn Hibban dalam al-Du’afa’, Ibn Jauzi dalam al-‘Ilal, al-Daulabi, dan Ibn Asakir. Lihat SIlsilah al-Da’ifah, no. 2661].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.