Sangat Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
دَخَلْتُ عَلَى النبيِّ - صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم -، وهو يمشي على أربعٍ، وعلى ظهرِهِ الحَسَنُ والحُسَيْنُ وهو يقولُ: نعم الجملُ جَمَلُكُما، ونعم العِدْلانِ أنتما.
Teks Bahasa Melayu
Aku mengikuti Rasulullah SAW, dan baginda menunggang suatu tunggangan, di belakangnya Hasan dan Husain. Kemudian baginda bersabda: “Sebaik-baik kecantikan adalah kecantikan kamu berdua, dan sebaik-baik keadilan adalah kamu berdua”.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 933, hadis no. 4800. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر جدا بهذل السياق) عن جابر - رضي الله عنه -، قال: دخلت على النبي - صلى الله عليه وسلم-، وهو يمشي على أربع، وعلى ظهره الحسن والحسين، وهو يقول: نعم الجمل جملكما، ونعم العدلان أنتما. [عق، الرامهرمزي، عد، طب، ابن حبان في الضعفاء، ابن الجوزي في العلل، الدولابي، ابن عساكر، الضعيفة (2661)].
(Sangat Munkar Pada Lafaz Ini) Diriwayatkan daripada Jabir RA berkata: Aku mengikuti Rasulullah SAW, dan baginda menunggang suatu tunggangan, di belakangnya Hasan dan Husain. Kemudian baginda bersabda: “Sebaik-baik kecantikan adalah kecantikan kamu berdua, dan sebaik-baik keadilan adalah kamu berdua”. [ٌRiwayat al-‘Uqaili dalam al-Dhuafa’ al Kabir, al Ramahurmuzi, Ibnu ‘Adi dalam al-Kamil fil Dhuafa’, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ibn Hibban dalam al-Du’afa’, Ibn Jauzi dalam al-‘Ilal, al-Daulabi, dan Ibn Asakir. Lihat SIlsilah al-Da’ifah, no. 2661].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman