TEKS BAHASA ARAB
خير ما أعدت المرأة: الطاعة للزوج، والاعتراف بحقه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya seorang wanita telah berkata: Wahai Rasulullah! Apakah sebaik-baik kebaikan yang dilakukan oleh orang perempuan? Baginda bersabda: ‘Mentaati suaminya serta mengiktiraf hak-haknya.’
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 225, hadis nombor 1189. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: إن امرأة قالت: يا رسول الله! ما خير ما أعدت المرأة؟ قال: ((الطاعة للزوج، والاعتراف بحقه)). [طب، ابن عبدالبر، ((الضعيفة)) (5628)]
(Munkar)
Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Sesungguhnya seorang wanita telah berkata: Wahai Rasulullah! Apakah sebaik-baik kebaikan yang dilakukan oleh orang perempuan? Baginda bersabda: ‘Mentaati suaminya serta mengiktiraf hak-haknya.’
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Ibn ‘Abdul Barr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5628]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.