Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خيرُ ما أَعَدَّتِ المرأةُ: الطاعةُ للزَّوْجِ، والاعترافُ بحقّهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya seorang wanita telah berkata: Wahai Rasulullah! Apakah sebaik-baik kebaikan yang dilakukan oleh orang perempuan? Baginda bersabda: 'Mentaati suaminya serta mengiktiraf hak-haknya.'
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 225, hadis no. 1189. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عباس - رضي الله عنهما -، قال: إن امرأة قالت: يا رسول الله! ما خير ما أعدت المرأة؟ قال: ((الطاعة للزوج، والاعتراف بحقه)). [طب، ابن عبدالبر، ((الضعيفة)) (5628)]
(Munkar) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Sesungguhnya seorang wanita telah berkata: Wahai Rasulullah! Apakah sebaik-baik kebaikan yang dilakukan oleh orang perempuan? Baginda bersabda: 'Mentaati suaminya serta mengiktiraf hak-haknya.' [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Ibn ‘Abdul Barr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5628]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman