Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sebaik-baik kebaikan adalah engkau memuliakan tetamu

Teks Bahasa Arab

أفضلُ الحسناتِ تَكْرِمَةُ الجُلَساءِ.

Teks Bahasa Melayu

Sebaik-baik kebaikan adalah engkau memuliakan tetamu.

Sahabat Perawi

  1. Ibn Mas’ud RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 200, hadis no. 1041. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن مسعود - رضي الله عنه - مرفوعا: ((أفضل الحسنات تكرمة الجلساء)). [القضاعي، ((الضعيفة)) (2834)]

(Palsu) Daripada Ibn Mas’ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sebaik-baik kebaikan adalah engkau memuliakan tetamu. [Riwayat al-Quda’ie. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2834]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.