Sebaik-baik kayu siwak ialah Zaitun

TEKS BAHASA ARAB

نِعم السِّواكُ الزَّيتونُ؛ من شَجرةٍ مبارَكَةٍ، يطيِّبُ الفمَ ويذهبُ الحَفرَ، وَهوَ سواكي وسواكُ الأنبياءِ قبلي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik kayu siwak ialah Zaitun. Ia daripada pokok yang diberkati, mewangikan mulut dan menghilangkan lubang. Ia merupakan kayu siwak aku dan para Nabi sebelum aku.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1916, hadis nombor 9623. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن معاذ بن جبل رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: نِعْمَ السّواكُ الزيتونُ؛ مِنْ شَجَرةٍ مُباركةٍ، يُطيِّبُ الفم، ويُذْهِبُ الحَفَرَ، وهو سوَاكِي وسوَاكُ الأنبياء قبلي.
[الطبرني في ((مسند الشاميين))، ((الضعيفة)) (5570)]

(Palsu)
Daripada Mu’az Bin Jabal RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik kayu siwak ialah Zaitun. Ia daripada pokok yang diberkati, mewangikan mulut dan menghilangkan lubang. Ia merupakan kayu siwak aku dan para Nabi sebelum aku.
[Riwayat al-Tabarani dalam Musnad al-Syamin. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5570]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs