Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نعم السواك الزيتون؛ من شجرة مباركة، يطيب الفم ويذهب الحفر، وهو سواكي وسواك الأنبياء قبلي.
Teks Bahasa Melayu
Sebaik-baik kayu siwak ialah Zaitun. Ia daripada pokok yang diberkati, mewangikan mulut dan menghilangkan lubang. Ia merupakan kayu siwak aku dan para Nabi sebelum aku.
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1916, hadis no. 9623. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن معاذ بن جبل رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: نِعْمَ السّواكُ الزيتونُ؛ مِنْ شَجَرةٍ مُباركةٍ، يُطيِّبُ الفم، ويُذْهِبُ الحَفَرَ، وهو سوَاكِي وسوَاكُ الأنبياء قبلي. [الطبرني في ((مسند الشاميين))، ((الضعيفة)) (5570)]
(Palsu) Daripada Mu’az Bin Jabal RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik kayu siwak ialah Zaitun. Ia daripada pokok yang diberkati, mewangikan mulut dan menghilangkan lubang. Ia merupakan kayu siwak aku dan para Nabi sebelum aku. [Riwayat al-Tabarani dalam Musnad al-Syamin. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5570]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman