Sebaik-baik kaum adalah kabilah al-Asad dan kabilah al-Asy'ari

TEKS BAHASA ARAB

نعم الحي الأسد والأشعريون لا يفرون في القتال ولا يغلون هم مني وأنا منهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik kaum adalah kabilah al-Asad dan kabilah al-Asy’ari. Mereka tidak lari ketika peperangan dan tidak pula mengkhianati (harta rampasan). Mereka itu sebahagian daripadaku, dan aku pula sebahagian daripada mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1006, hadis nombor 5182. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي عامر الأشعري رضي الله عنه مرفوعا: نعم الحي الأسد والأشعريون لا يفرون في القتال ولا يغلون هم مني وأنا منهم. قال: فحديث بذلك معاوية فقال: ليس هكذا قال رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: هم مني وإلي. فقلت: ليس هكذا حدثني أبي ولكنه حدثني قال: سمعت رسول الله ﷺ- يقول: هم مني وأنا منهم". قال: فأنت أعلم بحديث أبيك. [ت، ابن الأعرابي، الدولابي، ابن أبي خيثمة في التاريخ، ك، حم، ابن منده، الضعيفة (4692)].

(Lemah) Daripada Abu ‘Amir al-Asy’ari RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sebaik-baik kaum adalah kabilah al-Asad dan kabilah al-Asy’ari. Mereka tidak lari ketika peperangan dan tidak pula mengkhianati (harta rampasan). Mereka itu sebahagian daripadaku, dan aku pula sebahagian daripada mereka. (Abu ‘Amir) berkata: Aku memberitahu perkara itu kepada Mu’awiyah, beliau berkata: Rasulullah SAW tidak berkata sedemikian! Baginda SAW bersabda: Mereka itu sebahagian daripadaku dan kembali kepadaku. Aku berkata: Bukan seperti itu yang bapaku beritahu kepadaku. Namun dia memberitahuku, katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Mereka itu sebahagian daripadaku dan aku sebahagian daripada mereka. Mu’awiyah berkata: Kamu lebih mengetahui berkenaan hadis bapamu. [Riwayat Sunan al-Tirmidzi, Ibn al-A'rabi, al-Dulabi, Ibn Abi Khaithamah dalam al-Tarikh, Mustadrak al-Hakim, Musnad Ahmad dan Ibn Mandah. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 4692]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs