Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نعم الحي الأسد والأشعريون لا يفرون في القتال ولا يغلون هم مني وأنا منهم.
Teks Bahasa Melayu
Sebaik-baik kaum adalah kabilah al-Asad dan kabilah al-Asy'ari. Mereka tidak lari ketika peperangan dan tidak pula mengkhianati (harta rampasan). Mereka itu sebahagian daripaaku, dan aku pula sebahagian daripada mereka.
Sahabat Perawi
- Abu 'Amir al-Asy'ari RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1006, hadis no. 5182. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي عامر الأشعري رضي الله عنه مرفوعا: نعم الحي الأسد والأشعريون لا يفرون في القتال ولا يغلون هم مني وأنا منهم. قال: فحديث بذلك معاوية فقال: ليس هكذا قال رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: هم مني وإلي. فقلت: ليس هكذا حدثني أبي ولكنه حدثني قال: سمعت رسول الله ﷺ- يقول: هم مني وأنا منهم". قال: فأنت أعلم بحديث أبيك. [ت، ابن الأعرابي، الدولابي، ابن أبي خيثمة في التاريخ، ك، حم، ابن منده، الضعيفة (4692)].
(Lemah) Daripada Abu 'Amir al-Asy'ari RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sebaik-baik kaum adalah kabilah al-Asad dan kabilah al-Asy'ari. Mereka tidak lari ketika peperangan dan tidak pula mengkhianati (harta rampasan). Mereka itu sebahagian daripaaku, dan aku pula sebahagian daripada mereka. (Abu 'Amir) berkata: Aku memberitahu perkara itu kepada Mu'awiyah, beliau berkata: Rasulullah SAW tidak berkata sedemikian! Baginda SAW bersabda: Mereka itu sebahagian daripaaku dan kembali kepaaku. Aku berkata: Bukan seperti itu yang bapaku beritahu kepaaku. Namun dia memberitahuku, katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Mereka itu sebahagian daripaaku dan aku sebahagian daripada mereka. Mu'awiyah berkata: Kamu lebih mengetahui berkenaan hadis bapamu. [Riwayat Sunan al-Tirmidzi, Ibn al-A'rabi, al-Dulabi, Ibn Abi Khaithamah dalam al-Tarikh, Mustadrak al-Hakim, Musnad Ahmad dan Ibn Mandah. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 4692]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman