Batil

30/06/2024

minit bacaan



Sebaik-baik kamu setelah 200 tahun adalah setiap orang yang khafif al-haz

Teks Bahasa Arab

‌خَيْرُكُمْ ‌فِي ‌المائَتَيْنِ ‌كلُّ ‌خَفِيفِ ‌الحاذِ ‌الذِي ‌لَا ‌أهْلَ ‌لَهُ ‌وَلَا ‌وَلَدَ.

Teks Bahasa Melayu

Sebaik-baik kamu setelah 200 tahun adalah setiap orang yang khafif al-haz, iaitu yang tidak ada keluarga dan tidak ada anak.

Sahabat Perawi

  1. Huzaifah

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 34, hadis no. 167. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Abu Hatim berkata dalam al-'Ilal: "Batil".

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.