Sebaik-baik kamu ialah orang yang paling baik kepada isteri dan anak-anak perempuannya

TEKS BAHASA ARAB

خيركم خيركم لنسائه وبناته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik kamu ialah orang yang paling baik kepada isteri dan anak-anak perempuannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 127, hadis nombor 647. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بذكر البنات عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: خيركم خيركم لنسائه وبناته. [عد، هب، الضعيفة (6184)]

(Palsu Dengan Sebutan al-Banāt (anak perempuan)) Daripada Abū Hurayrah RA berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sebaik-baik kamu ialah orang yang paling baik kepada isteri dan anak-anak perempuannya. [Diriwayatkan oleh Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fi al-Du’afa’ dan al-Bayhaqī dalam al-Shu‘ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6184]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs