Palsu Dengan Sebutan Anak Perempuan
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خيرُكم خيرُكم لنسائِه وبناتِه.
Teks Bahasa Melayu
Sebaik-baik kamu ialah orang yang paling baik kepada isteri dan anak-anak perempuannya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu Dengan Sebutan Anak Perempuan
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 127, hadis no. 647. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع بذكر البنات) عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: خيركم خيركم لنسائه وبناته. [عد، هب، الضعيفة (6184)]
(Palsu Dengan Sebutan al-Banāt (anak perempuan)) Daripada Abū Hurayrah RA berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sebaik-baik kamu ialah orang yang paling baik kepada isteri dan anak-anak perempuannya. [Riwayat Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fi al-Du’afa’ dan al-Bayhaqī dalam al-Shu‘ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6184]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman