TEKS BAHASA ARAB
خيركم في المئتين كل خفيف الحاذ؛ الذي لا أهل له ولا ولد.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sebaik-baik kamu di dalam dua ratus orang- adalah mereka yang sedikit hartanya dan tiada keluarga serta anak.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 939, hadis nombor 4831. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل)
عن حذيفة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((خيركم في المئتين كل خفيف الحاذ؛ الذي لا أهل له ولا ولد)).
[الترقفي في ((حديثه))، ابن الأعربي، عد، خط، ابن عساكر، ابو القاسم المهراني في ((الفوائد المنتخبة))، والضياء في ((المنتقى من مسموعاته بمرو))، ((الضعيفة)) (3580)].
(Batil)
Daripada Huzaifah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sebaik-baik kamu di dalam dua ratus orang- adalah mereka yang sedikit hartanya dan tiada keluarga serta anak.
[Riwayat al-Tarqadha dalam Hadisihi, Ibn al A’rabi, Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, al-Kamil fi al- Dhu’afa’, Ibn Asakir, Abu al-Qasim al-Mahrani dalam al-Fawaid al-Muntakhibah, al-Dhiya’ dalam al- Muntaqa Min Masmua’tih Bi Marwi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3580].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.