Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خَيْرُكُمْ مَنْ لَمْ يَتْرُكْ آخِرَتَهُ لِدُنْياهُ وَلَا دُنْياهُ لآخِرَتِهِ ولَمْ يَكُنْ كَلاًّ على النَّاسِ.
Teks Bahasa Melayu
Sebaik-baik kamu adalah yang tidak meninggalkan akhirat kerana dunianya dan yang tidak meninggalkan dunia kerana akhiratnya dan janganlah kamu menjadi bebanan kepada orang lain.
Sahabat Perawi
- Anas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 34, hadis no. 168. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Terdapat hadis melalui hadith Huzaifah, kedua-duanya palsu sebagaimana disebutkan oleh Abu Hatim dan lain-lain. Saya telah menulis khusus untuk menjelaskan kepalsuannya dalam satu juzuk yang saya beri judul Saf'u al-Tiyah Bi Ibtal Hadith Laisa Bi Khairikum Man Taraka Dunyah.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman