Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خيرُكم خيرُكُم للمماليكِ.
Teks Bahasa Melayu
Sebaik-baik kamu adalah mereka yang paling baik kepada para hamba.
Sahabat Perawi
- ‘Abd al-Raḥmān bin ‘Awf RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 63, hadis no. 282. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الرحمن بن عوف - رضي الله عنه - مرفوعا: ((خيركم خيركم للمماليك)). [فر، ((الضعيفة)) (3578)].
(Daif) Daripada ‘Abd al-Raḥmān ibn ‘Awf RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Sebaik-baik kamu adalah mereka yang paling baik kepada para hamba.)) [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.3578].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman