Sebaik-baik kamu adalah mereka yang mempertahankan keluarganya, selama mana bukan pada perkara dosa

TEKS BAHASA ARAB

خيركم المدافع عن عشيرته ما لم يأثم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik kamu adalah mereka yang mempertahankan keluarganya, selama mana bukan pada perkara dosa.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 15, hadis nombor 15. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن سراقة بن مالك بن جعشم المدلجي – رضي الله عنه-، قال: خطبنا رسول الله – صلى الله عليه وسلم- فقال: ((خيركم المدافع عن عشيرته، ما لم يأثم)).
[د، ((الضعيفة)) (182)]

(Palsu) Daripada Suraqah bin Malik bin Ju’syum al-Mudliji RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW berkhutbah kepada kami. Setelah itu, baginda bersabda: Sebaik-baik kamu adalah mereka yang mempertahankan keluarganya, selama mana bukan pada perkara dosa.
[Riwayat Sunan Abī Dāwud. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.182]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs