Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خَيْرُكُمْ المُدَافِعُ عَنْ عَشِيْرَتِهِ مَا لَمْ يَأثَمْ.
Teks Bahasa Melayu
Sebaik-baik kamu adalah mereka yang mempertahankan keluarganya, selama mana bukan pada perkara dosa.
Sahabat Perawi
- Suraqah bin Malik bin Ju’syum al-Mudliji RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 15, hadis no. 15. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن سراقة بن مالك بن جعشم المدلجي - رضي الله عنه-، قال: خطبنا رسول الله - صلى الله عليه وسلم- فقال: ((خيركم المدافع عن عشيرته، ما لم يأثم)). [د، ((الضعيفة)) (182)]
(Palsu) Daripada Suraqah bin Malik bin Ju’syum al-Mudliji RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW berkhutbah kepada kami. Setelah itu, baginda bersabda: Sebaik-baik kamu adalah mereka yang mempertahankan keluarganya, selama mana bukan pada perkara dosa. [Riwayat Abī Dāwud. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.182]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman