Sebaik-baik kamu adalah mereka yang melakukan solat qasar

TEKS BAHASA ARAB

خياركم من قصر الصلاة في السفر وأفطر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik kamu adalah mereka yang melakukan solat qasar dan berbuka puasa semasa bermusafir.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 281, hadis nombor 1457. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الرحمن بن حرملة، أنه سمع رجلا يسأل سعيد بن المسيب: أتم الصلاة وأصوم في السفر؟ قال: لا، قال: فإني أقوى على ذلك؟ قال: كان رسول الله – صلى الله عليه وسلم – أقوى منك، كان يقصر الصلاة في السفر ويفطر، وقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم: ((خياركم من قصر الصلاة في السفر وأفطر)).
[ش، الطبري في ((تهذيب الأثىر))، ((الضعيفة)) (3560)]

(Lemah) Daripada ‘Abd al-Rahman bin Harmalah bahawa beliau mendengar seorang lelaki bertanya kepada Sa’id bin al-Musayyib: Adakah aku perlu melakukan solat secara tamam (sempurna) dan berpuasa semasa bermusafir? Beliau menjawab: Tidak (wajib). Lelaki itu berkata: Akan tetapi aku mampu untuk melakukannya. Dia (Sa’id) berkata: Rasulullah S.A.W lebih kuat berbanding kamu. Pun begitu, baginda mengqasarkan solat serta berbuka puasa semasa bermusafir. Dan Rasulullah S.A.W berkata: Sebaik-baik kamu adalah mereka yang melakukan solat qasar dan berbuka puasa semasa bermusafir.
[Riwayat Musannaf Ibn Abi Syaibah dan Tahzib al-Atsar oleh al-Tabari. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3560]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs