Sebaik-baik kalian adalah yang tidak meninggalkan akhirat untuk dunianya

TEKS BAHASA ARAB

خيركم من لم يترك آخرته لدنياه، ولا ‌دنياه لآخرته، ولم يكن كلًّا على الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik kalian adalah yang tidak meninggalkan akhirat untuk dunianya, mahupun dunia untuk akhiratnya serta dia tidak menjadi suatu bebanan kepada manusia lain.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 593, hadis nombor 3052. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك –رضي الله عنه– مرفوعا: ((خيركم من لم يترك آخرته لدنياه، ولا ‌دنياه لآخرته، ولم يكن كلًّا على الناس)). [أبو بكر الأزدي في ((حديثه))، الضراب في ((ذم الرياء))، خط، ((الضعيفة)) (501)].

(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): Sebaik-baik kalian adalah yang tidak meninggalkan akhirat untuk dunianya, mahupun dunia untuk akhiratnya serta dia tidak menjadi suatu bebanan kepada manusia lain. [Diriwayatkan oleh Abu Bakr al-Azdi dalam Hadith beliau, Abu Muhammad al-Hasan al-Ḍarrab dalam Zam al-Riya’, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 501].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs