Sebaik-baik kalian adalah yang paling zuhud di dunia

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أزهدكم في الدنيا، وأرغبكم في الآخرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik kalian adalah yang paling zuhud di dunia, dan yang paling berkehendak kepada akhirat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2016, hadis nombor 10124. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن الحسن، قال: قالوا: يا رسول الله! من خيرنا؟ قال: أزهدكم في الدنيا، وأرغبكم في الآخرة.
[ابن أبي الدنيا في ((ذم الدنيا))، ((الضعيفة)) (3577)]

(Lemah)
Daripada al-Ḥasan berkata, mereka bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah yang paling baik dalam kalangan kami? Baginda menjawab: Sebaik-baik kalian adalah yang paling zuhud di dunia, dan yang paling berkehendak kepada akhirat.
[Riwayat Ibn Abī al-Dunyā dalam Dham al-Dunyā. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3577]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.