TEKS BAHASA ARAB
خير نسائكم العفيفة الغلمة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sebaik-baik isteri kamu ialah yang suci dan tinggi nafsunya.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 919, hadis nombor 4714. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا)
عن أنس بن مالك -رضي الله عنه-، قال: رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((خير نسائكم العفيفة الغلمة)).
[عد، ((الضعيفة)) (1498)].
(Sangat Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA bahawa dia berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: Sebaik-baik isteri kamu ialah yang suci dan tinggi nafsunya.
[Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afaa. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1498].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.