Sebaik-baik individu yang menggantikan selepas aku ialah 'Ali ibn Abi Talib

TEKS BAHASA ARAB

وصيتي وموضع سري وخليفتي في أهلي وخير من أخلف من بعدي: علي بن أبي طالب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wasiatku, tempat rahsiaku dan penggantiku dalam keluargaku dan sebaik-baik individu yang menggantikan selepas aku ialah ‘Ali ibn Abi Talib.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 204, hadis nombor 389. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال الصغاني في الدر الملتقط: هو موضوع.

Palsu seperti apa yang dikatakan oleh al-Saghani dalam Kitab al-Dur al-Multaqat.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs