Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أفضلُ الهجرتين الهِجْرَةَ الْبَاتَّةِ؛ والهِجْرَةُ الْبَاتَّةِ:أَنْ تَثْبُتَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ، وَهِجْرَةُ الْبَادِيَةِ: أَنْ تَرْجِعَ إِلَى بَادِيَتِكَ. وَعَلَيْكَ السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ، فِي عُسْرِكَ وَيُسْرِكَ، وَمَكْرَهِكَ وَمَنْشَطِكَ، وَأَثَرَةٍ عَلَيْكَ.
Teks Bahasa Melayu
Sebaik-baik hijrah antara dua jenis hijrah adalah hijrah al-battah. hijrah al-Battah ialah kamu tetap bersama Rasulullah. Hijrah al-badiyah pula adalah kamu pulang ke kampung kamu. Kamu hendaklah dengar dan taat dalam keadaan susah, senang, terpaksa, rela, serta mengutamakan orang lain berbanding diri kalian.
Sahabat Perawi
- Wathilah bin al-Asqa‘ RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1103, hadis no. 5589. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف بهذا السياق) عن واثلة بن الأسقع رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أفضلُ الهجرتين الهِجْرَةَ الْبَاتَّةِ والهِجْرَةُ الْبَاتَّةِ: أَنْ تَثْبُتَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ وَهِجْرَةُ الْبَادِيَةِ: أَنْ تَرْجِعَ إِلَى بَادِيَتِكَ. وَعَلَيْكَ السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ فِي عُسْرِكَ وَيُسْرِكَ وَمَكْرَهِكَ وَمَنْشَطِكَ وَأَثَرَةٍ عَلَيْكَ. [طب، الضعيفة (6948)].
(Lemah dengan lafaz ini) Daripada Wathilah bin al-Asqa‘ RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik hijrah antara dua jenis hijrah adalah hijrah al-battah. hijrah al-Battah ialah kamu tetap bersama Rasulullah. Hijrah al-badiyah pula adalah kamu pulang ke kampung kamu. Kamu hendaklah dengar dan taat dalam keadaan susah, senang, terpaksa, rela, serta mengutamakan orang lain berbanding diri kalian. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6948].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman