Sebaik-baik hidangan itu adalah cuka

TEKS BAHASA ARAB

نعم الإدام الخل، هلاكا بالقوم أن يحتقروا ما قدم إليهم، وهلاك بالرجل أن يحتقر ما في بيته أن يقدمه إلى أصحابه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jābir ibn ‘Abdullah disinggahi oleh tetamunya. Lalu beliau menghidangkan roti dan cuka kepada mereka dan berkata: “Makanlah, sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik hidangan itu adalah cuka. Kebinasaan kepada suatu kaum yang menghina apa yang dihidangkan kepada mereka. Dan kebinasaan bagi seorang lelaki yang menghina apa yang terdapat di dalam rumahnya untuk dihidangkan kepada para sahabatnya”.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 103, hadis nombor 534. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أيمن، قال: نزل بجابر بن عبد الله ضيف له، فجاءهم بخبز وخل، فقال: كلوا؛ فإني سمعت رسول الله -صلى الله عليه وسلم- يقول: نعم الإدام الخل، هلاكاً بالقوم أن يحتقروا ما قدم إليهم، وهلاك بالرجل أن يحتقر ما في بيته أن يقدمه إلى أصحابه.
[طس، ((الضعيفة)) (5389)]

(Lemah)
Daripada Ayman, beliau telah berkata: Jābir ibn ‘Abdullah disinggahi oleh tetamunya. Lalu beliau menghidangkan roti dan cuka kepada mereka dan berkata: “Makanlah, sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik hidangan itu adalah cuka. Kebinasaan kepada suatu kaum yang menghina apa yang dihidangkan kepada mereka. Dan kebinasaan bagi seorang lelaki yang menghina apa yang terdapat di dalam rumahnya untuk dihidangkan kepada para sahabatnya”.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5389]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs