Sebaik-baik hidangan adalah cuka

TEKS BAHASA ARAB

نعم الإدام الخل، هلاكا بالقوم أن يحتقروا ما قدم إليهم، وهلاك بالرجل أن يحتقر ما في بيته أن يقدمه إلى أصحابه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik hidangan adalah cuka. Binasalah bagi sesuatu kaum yang meremehkan apa yang dihidangkan kepada mereka. Dan binasalah bagi seorang lelaki yang menganggap remeh apa yang ada di dalam rumahnya untuk dihidangkan kepada para sahabatnya (iaitu para tetamu yang datang ke rumahnya).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 221, hadis nombor 1172. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أيمن قال: نزل بجابر بن عبدالله ضيف له، فجاءهم بخبز وخل، فقال: كلوا؛ فإني سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول: ((نعم الإدام الخل، هلاكا بالقوم أن يحتقروا ما قدم إليهم، وهلاك بالرجل أن يحتقر ما في بيته أن يقدمه إلى أصحابه)). [طس، ((الضعيفة)) (5389)]

(Lemah)
Daripada Aiman, beliau berkata: Ada tetamu datang bertandang ke rumah Jabir bin ‘Abdillah. Lalu beliau membawakan roti berserta cuka kepada mereka. Beliau berkata: "Makanlah kamu semua, kerana aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: ‘Sebaik-baik hidangan adalah cuka. Binasalah bagi sesuatu kaum yang meremehkan apa yang dihidangkan kepada mereka. Dan binasalah bagi seorang lelaki yang menganggap remeh apa yang ada di dalam rumahnya untuk dihidangkan kepada para sahabatnya (iaitu para tetamu yang datang ke rumahnya).’"
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5389]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs