Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نِعمَ الإدامُ الخلُّ، هلاكًا بالقومِ أن يحتَقِروا ما قُدِّمَ إليهِم، وَهَلاكٌ بالرَّجلِ أن يحتَقرَ ما في بيتِهِ أن يقدِّمَهُ إلى أصحابِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sebaik-baik hidangan adalah cuka. Binasalah bagi sesuatu kaum yang meremehkan apa yang dihidangkan kepada mereka. Dan binasalah bagi seorang lelaki yang menganggap remeh apa yang ada di dalam rumahnya untuk dihidangkan kepada para sahabatnya (iaitu para tetamu yang datang ke rumahnya).
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 221, hadis no. 1172. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أيمن قال: نزل بجابر بن عبدالله ضيف له، فجاءهم بخبز وخل، فقال: كلوا؛ فإني سمعت رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يقول: ((نعم الإدام الخل، هلاكا بالقوم أن يحتقروا ما قدم إليهم، وهلاك بالرجل أن يحتقر ما في بيته أن يقدمه إلى أصحابه)). [طس، ((الضعيفة)) (5389)]
(Daif) Daripada Aiman, beliau berkata: Ada tetamu datang bertandang ke rumah Jabir bin ‘Abdillah. Lalu beliau membawakan roti berserta cuka kepada mereka. Beliau berkata: "Makanlah kamu semua, kerana aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: 'Sebaik-baik hidangan adalah cuka. Binasalah bagi sesuatu kaum yang meremehkan apa yang dihidangkan kepada mereka. Dan binasalah bagi seorang lelaki yang menganggap remeh apa yang ada di dalam rumahnya untuk dihidangkan kepada para sahabatnya (iaitu para tetamu yang datang ke rumahnya).'" [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5389]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman