Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نعمْ لهوُ المؤمنُ الرَّمِيُّ، ومَن تعلَّمَ الرَّمْيَ ثم تركهُ فقد عصاني.
Teks Bahasa Melayu
Sebaik-baik hiburan bagi orang beriman adalah memanah. Barang siapa yang mempelajari memanah kemudian meninggalkannya, maka ia telah menderhakaiku.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1035, hadis no. 5305. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عمر - رضي الله عنهما-، قال: قال - صلى الله عليه وسلم -: ((نعم لهو المؤمن الرمي، ومن تعلم الرمي ثم تركه فقد عصاني)). [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (6837)].
(Munkar) Daripada Ibn Umar RA (beliau) berkata: bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik hiburan bagi orang beriman adalah memanah. Barang siapa yang mempelajari memanah kemudian meninggalkannya, maka ia telah menderhakaiku. [Riwayat Abu Nu'aym dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 6837].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman