Batil Tiada Asal Baginya
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خيرُ يومٍ طلعَتْ فيه الشَّمسُ يومُ عرفةَ وافقَ يومَ الجمعةِ، وهو أفضلُ من سبعينَ حجَّةٍ في غيرِها.
Teks Bahasa Melayu
Sebaik-baik hari yang terbit matahari adalah hari Arafah yang bertepatan dengan hari Jumaat, ia lebih baik daripada 70 haji pada hari yang lain.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil Tiada Asal Baginya
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 741, hadis no. 3790. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل لا أصل له) ((خير يوم طلعت فيه الشمس يوم عرفة وافق يوم الجمعة، وهو أفضل من سبعين حجة في غيرها)). [((الضعيفة))(1193، 3144)]
(Batil Tiada Asal Baginya) Sebaik-baik hari yang terbit matahari adalah hari Arafah yang bertepatan dengan hari Jumaat, ia lebih baik daripada 70 haji pada hari yang lain. [Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1193, 3144]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman