Batil Tiada Asal Baginya
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أفضل الأيامِ يومُ عرفةَ إذا وافق يومَ الجمعة، وهو أفضلُ من سبعين حجةٍ في غيرِ جمعةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sebaik-baik hari ialah hari Arafah yang jatuh pada hari Jumaat. Ia lebih baik daripada 70 haji pada hari selain hari Jumaat.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil Tiada Asal Baginya
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1777, hadis no. 8938. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل لا أصل له): ((أفضل الأيام يوم عرفة إذا وافق يوم الجمعة، وهو أفضل من سبعين حجة في غير جمعة)). [((الضعيفة)) (207)]
(Batil Tiada Asal Baginya): Sebaik-baik hari ialah hari Arafah yang jatuh pada hari Jumaat. Ia lebih baik daripada 70 haji pada hari selain hari Jumaat. [Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 207]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman