Sebaik-baik hamba ialah Suhaib

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

نعم العبد صهيب، لو لم يخف الله لم يعصه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik hamba ialah Suhaib. Jika dia tidak takutkan Allah pun dia tetap tidak bermaksiat kepada-Nya.

STATUS

Tiada asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1794, hadis nombor 9045. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(لا أصل له) نعم العبد صهيب، لو لم يخف الله لم يعصه. [((الضعيفة)) (1006)]

(Tiada Asal) Sebaik-baik hamba ialah Suhaib. Jika dia tidak takutkan Allah pun dia tetap tidak bermaksiat kepada-Nya. [Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1006]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.